fbpx

Fungsi Mengoptimalkan PC Untuk Gaming Akan Hadir Ke Windows 10

Seorang netizen melalui laman web sosial Twitter, WalkingCat menemui sebuah fungsi baharu yang mungkin akan hadir ke platform Windows 10, iaitu sebuah fungsi bernama “Game Mode” yang akan membuatkan PC pemain lebih optimum semasa bermain permainan video. Beliau menjumpai maklumat tersebut melalui sumber rasmi Microsoft (binaan 14997) didalam kemaskini Windows 10 akan datang, “Creator’s Update“.

Fail yang bernama “gamemode.dll” sekaligus menambahkan faktor kesahihan tentang fungsi ini. Namun atas percubaan yang dibuat, setakat ini tidak lagi berfungsi. Mengikut dari sumber Windows Central, ianya berkemungkinan mempunyai fungsi yang hampir sama seperti konsol Xbox yang akan mengoptimumkan prestasi semasa bermain permainan video.

Tiada maklumat rasmi diberi oleh Microsoft setakat ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -