Gambar Permainan Call of Duty: WWII Tertiris

Now Reading
Gambar Permainan Call of Duty: WWII Tertiris

Sebelum 26hb April, iaitu tarikh rasmi untuk pengumuman permainan ini, beberapa laman web telahpun mengeluarkan gambar yang diperkatakan diambil dari permainan Call of Duty: WWII.

Gambar yang dipercayai tertiris dari laman web rasmi mereka sendiri, ianya dapat diambil oleh peminat sebelum ianya dibuang. Namun gambar yang tertiris tidaklah didalam resolusi yang tinggi untuk membuat keputusan tentang kualiti grafik permainan tersebut.

Seperti yang dijanji, siri Call of Duty baharu ini akan didatangkan didalam era perperangan yang dikenali “World War 2” seperti gambar diatas.

Mengikut dari studio pemaju, Call of Duty: WWII akan menjadi salah satu permainan video yang “terbesar” buat masa kini, dimana syarikat tersebut perlu mencari lebih banyak kakitangan tambahan untuk projek pembangunan permainan ini.

Sudah semestinya pengembalian ke zaman perang dunia menjadi sebuah berita gembira kepada peminat, khususnya peminat Call of Duty yang telah menyokong francais ini sekian lama.

Maklumat penuh akan diperlihat secara rasmi pada 26hb April ini / 27hb April, 1AM untuk waktu Malaysia.

About The Author
Scott Ryder

Peminat permainan angkasa lepas. Siri trilogi Mass Effect adalah salah satu permainan dimana Scott akan bermain berpuluh kali sehinggakan cakera permainan tersebut pecah kepanasan.

Comments
Leave a response

Komen