fbpx

#GameBaru: The Witness Januari Ini (PS4)

Tak sabar tunggu game No Man’s Sky? Anda kini boleh mendapatkan game yang serupa bernama The Witness. Sebuah game yang berkonsep “exploring” dimana anda perlu meneroka sebuah pulau sunyi dengan pelbagai teka-teki untuk diselesaikan.

Diumumkan pada tahun 2008 yang dimana asalnya hanyalah sebuah game Indie yang kecil-kecilan, mengikut kepada pencipta game ini, Jonathan Blow. Namun atas sebab permintaan yang besar atas sebab keunikan game ini, beliau mengambil keputusan untuk membuatkan The Witness sebagai game konsep baharu yang lebih besar daripada rancangan awal beliau. Sehingga hari ini, akhirnya beliau mengumumkan bahawa Witness akan mula dipasarkan pada 26hb Januari 2016 untuk platform PlayStation 4.

“Banyak yang telah berubah berbanding beberapa tahun yang lepas. Pabila kami mula mencipta game ini, hanyalah 8-12 jam durasi pemain untuk menghabiskan kesemua misi / teka-teki game ini. Namun akhirnya, kami dapat menghasilkan 10 kali lebih besar, sehingga 80 ke 100 jam untuk sesiapa yang ingin menghabiskan kesemua misi yang ada.” Kata Jonathan melalui Blog PlayStation.

Mengikut statistik dari blog beliau yang lepas, kini pembinaan game ini tampak positif seperti dibawah:

“Baiklah, setakat ini sahaja, tiba masa untuk kembali bekerja untuk game ini!” Kata beliau lagi untuk peminat yang menantikan game ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -