fbpx

Gamers Hideout Akui Kesilapan, Meminta Maaf Secara Terbuka Kepada Pelanggan

Beberapa hari yang lepas berlakunya insiden yang tidak diingini oleh pengedar permainan video terkenal, Gamers Hideout atas kesilapan menuduh pelanggannya sebagai pencuri di salah satu cawangannya dekat One Utama.

Pelanggan tersebut, membuat status ketidakpuashati melalui akaun Facebook beliau (nama profil – Holy Chit) yang menjadi tular sehingga membawa tumpuan orang ramai.

Semalam, Gamers Hideout akhirnya tampil memberi kenyataan rasmi secara terbuka untuk memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan cuba untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan pelanggan mereka pada masa akan datang. Mesej yang disampaikan oleh pemilik syarikat itu sendiri menerangkan beberapa sebab mengapa insiden ini boleh berlaku, sama sekali dengan kelewatan kenyataan ini dikeluarkan.

Mereka juga membuat kenyataan bahawa tiada penglibatan Gamers Hideout kepada godaman akaun Holy Chit yang berkemungkinan dipadam beberapa hari yang lalu.

Kami berharap isu ini akan dapat diselesaikan secara profesional sehingga mendapat kata putus dari dua-dua pihak.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -