Santa Monica, sebuah studio naungan Sony Entertainment disebalik pembikinan siri God Of War menyatakan bahawa tiada mode multiplayer disediakan untuk siri baharu mereka yang pernah diumumkan pada E3 2016 yang lepas.
Cory Barlog, Ketua Pengarah Santa Monica Studio berkata bahawa God Of War tidak akan dilancarkan pada tahun ini, memfokuskan kepada Mitologi Norse, tiada skrin loading dan juga ketiadaan multiplayer.
Seperti yang kita tahu, siri yang sebelumnya, God Of War Ancension mempunyai mode multiplayer yang membolehkan pemain bermain bersama rakan. Ini berkemungkinan Santa Monica ingin memfokuskan kepada pengalaman bermain sebagai Single Player sahaja.
Tambahnya lagi, siri baharu God Of War ini bukanlah game yang terakhir bagi Kratos, dan ianya akan mempunyai lebih banyak musuh dengan konsep seakan dunia terbuka.
Dengan ketiadaan mode multiplayer adakah anda akan kecewa akan God Of War baharu ini? Bincangkan diruangan komen dibawah.

