God Of War Dan GT Sport Didalam Video 4K Baharu Oleh PlayStation

Now Reading
God Of War Dan GT Sport Didalam Video 4K Baharu Oleh PlayStation

Sony semalam memuat naik video baharu yang berdurasi 60 saat didalam akaun Youtube mereka dengan bertajuk “Dynamic 4K Games Only On PlayStation”, memaparkan beberapa permainan eksklusif platform PS4 yang mampu dimainkan didalam 4K melalui konsol PS4 Pro.

Permainan seperti God of War, Gran Turismo Sport, Horizon Zero Dawn dan juga MLB The Show 17 dipaparkan didalam video tersebut.

Seperti kita semua tahu, permainan Horizon dan MLB telahpun dipasarkan untuk dimain manakala Gran Turismo Sport berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun ini. God of War masih lagi tidak diketahui, dan berkemungkinan Sony akan mengumumkannya pada acara E3 nanti.

Sony telahpun mengumumkan tarikh sidang media mereka yang akan diadakan pada 12hb Jun ini / 13hb Jun, 9AM untuk waktu Malaysia. Mereka mungkin akan menyentuh beberapa topik mengenai permainan eksklusif mereka seperti The Last of Us Part 2, God of War dan Days Gone.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen