Tarikh Sidang Media E3 Sony Diumum

Now Reading
Tarikh Sidang Media E3 Sony Diumum

Seperti biasa, sebuah acara yang dinantikan ramai, E3 akan hadir pada bulan Jun ini. Sony, adalah salah satu syarikat yang terawal mengumumkan tarikh sidang media mereka yang telah ditetapkan pada 12hb Jun 6PM (Waktu Malaysia, 9AM, 13hb Jun).

Berkemungkinan Sony akan memfokuskan kepada senarai permainan eksklusif konsol PlayStation 4 seperti The Lasf of Us Part 2, God of War dan Days Gone. Berkemungkinan Sony juga akan mengeluarkan lebih banyak permainan untuk gajet PSVR dan menunjukkan lebih banyak demo kualiti grafik kepada PS4 Pro mereka.

Beberapa hari lepas, spekulasi mengenai konsol PlayStation 5 mendatangkan banyak keresahan pada peminat. Namun kami merasai Sony tidak akan mengumumkan konsol generasi baharu mereka dalam masa terdekat.

Setakat ini tiada lagi maklumat rasmi mengenai info yang akan didedahkan oleh Sony / PlayStation pada sidang media tersebut.

Sumber gambar utama: Sonyrumors.net

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen