WWE 2K17 mula dipasarkan semenjak 11hb Oktober 2016 lagi untuk platform konsol PlayStation 4 dan Xbox One, mahupun konsol terdahulu iaitu PlayStation 3 dan Xbox 360. Namun bukan untuk PC, yang dimana baru sahaja mula dipasarkan pada 7hb Februari 2017 lepas, melalui Steam.
Dijual dengan harga RM169 sebagai harga minima, 2K Sports juga menjual edisi Digital Deluxe pada harga RM249 dengan kandungan tambahan seperti dibawah:
- WWE 2K17 MyPlayer Kick Start
- NXT Enhancement Pack
- Accelerator
- Legends Pack
- New Moves Pack
- Future Stars Pack
- Hall of Fame Showcase
Permainan video yang diterbitkan oleh 2K Sports ini mendapat keputusuan reviu yang bercampur dari tinggi hingga rendah. IGN memberi markah 8.2/10 dengan komen “penambahbaikan gameplay dengan isi kandungan baharu” sebagai salah satu faktor permainan ini mendapat markah yang tinggi. Manakala laman web Destructoid memberi markah yang amat rendah, iaitu 3/10, atas sebab kandungan yang dijanjikan tidak “kesampaian” semasa bermain WWE 2K17 ini.
Kebanyakan pemain juga amat bimbang tentang prestasi “port-over” permainan kepada PC yang dimana kebanyakannya mempunyai masalah seperti Batman: Arkham Knight sebagai contoh, isu yang amat besar sehinggalah digantung selepas menerima banyak aduan dari pembeli.
WWE 2K17 juga tidak terkecuali dari isu ini, mengikut dari maklum balas pemain melalui halaman Steam, pendapat yang pelbagai diberi dari segi prestasi permainan ini kepada PC mereka. Namun isu ini tidaklah seteruk yang disangka dan hanya terjejas kepada sesetengah pemain sahaja.