fbpx

“Hampir” Tiada Skrin Muatan Untuk Horizon Forbidden West

Melalui acara pengumuman PS5 oleh Sony yang lalu, Guerrilla Games juga sempat mengumumkan permainan sekuel kepada Horizon Zero Dawn, Forbidden West, bakal hadir pada tahun hadapan ke platform generasi baharu Sony tersebut.

Pengumuman membawakan video diari yang dikomentar oleh Pengarah Permainan, Mathijs De Jonge. Beliau menerangkan beberapa konsep dan kelainan permainan Horizon Forbidden West berbanding dengan siri sebelumnya.

Permainan ini bakal membawakan pengalaman permainan di kawasan baharu, iaitu Utah di USA. Pemain juga bakal menikmati pengalaman permainan di Lautan Pasifik.

Menariknya, beliau juga menyebut mengenai skrin muatan yang hampir tiada semasa pengalaman permainan. Ini adalah atas sebab kelajuan SSD konsol PS5 yang membantu prestasi permainan khususnya permuatan dapat dipercepatkan.

Horizon Forbidden West bakal hadir pada tahun hadapan, 2021 untuk konsol PS5.

Berkaitan

- Iklan -

Komen