fbpx

Reka Bentuk Konsol PS5 Diperlihat

Hari ini PlayStation memperlihatkan konsol PS5 buat kali pertama kepada umum melalui acara The Future Of Gaming mereka yang baru sahaja melabuhkan tirai.

Reka bentuk konsol PS5 tersebut mempunyai ciri-ciri futuristik dan menyamai dengan reka bentuk alat kawalan yang diumumkan sebelum ini, DualSense.

PlayStation kali ini membawakan pendekatan warna putih sebagai warna utama dengan sedikit sentuhan warna hitam beserta dengan lampu LED yang bewarna biru. Mengikut dari gambar dan video mereka, konsol ini boleh diletakkan antara menegak ataupun melintang.

Saiz konsol juga nampaknya jauh lebih kecil dari PS4 (lihat perbezaan antara konsol dan alat kawalan) dan ianya akan didatangkan didalam dua versi, PS5 dan PS5 Digital Edition. Perbezaan yang ketara antara dua versi ini adalah Digital Edition yang tidak akan mempunyai slot cakera Blu-Ray untuk permainan video fizikal. Saiz untuk Digital Edition juga nampak lebih kecil dari PS5 biasa.

Tiada harga diumum dan seperti dirancang, PS5 bakal hadir dipasaran pada hujung tahun ini.

Selain dari pelancaran konsol, beberapa permainan untuk konsol PS5 juga diumum. Ikuti Telegram kami untuk mendapat berita terkini mengenai PS5 kelak.

Berkaitan

- Iklan -

Komen