Harga Konsol Semakin Murah – Jika Dibandingkan Dari Generasi Sebelumnya

Now Reading
Harga Konsol Semakin Murah – Jika Dibandingkan Dari Generasi Sebelumnya

Walaupun banyak perkara yang memberi impak kepada ekonomi negara kita di Malaysia, namun mengikut dari data CUPONATION, kadar harga konsol pada tahun ini menjadi semakin murah dan mampu milik berbanding dengan tahun sebelumnya.

Secara puratanya harga konsol generasi kini adalah 24% lebih murah berbanding generasi sebelumnya semenjak dari tahun 1987 lagi, dimana konsol terkenal Nintendo Entertainment System (NES) pernah mendominasi pasaran.

Sega Saturn, sebuah konsol 32-bit generasi ke-4 bagi SEGA pula dianggap sebagai konsol termahal jikalau kadar inflasi (kuasa pembelian pengguna pada masa tersebut) diambil kira. Diikuti pula dengan konsol termahal Sony, PlayStation 3 ditempat kedua dan Xbox One ditempat ketiga.

Menariknya, walaupun banyak maklum balas dibuat dengan harga yang melampau untuk Nintendo Switch di Malaysia, konsol hibrid baharu ini masih lagi diperkatakan berada diparas harga sederhana dan hampir sama dengan konsol generasi sebelumnya dari Nintendo atas dasar polisi harganya yang konsisten.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat infografik menarik dibawah:

Maka apakah pendapat anda? Adakah maklumat ini sedikit sebanyak memberi maklumat yang terang bahawa industri permainan video di Malaysia kini diparas yang baik? Ataupun sebaliknya?

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen