fbpx

Industri eSports Akan Mencecah USD1.8 Bilion

eSports atau eSukan adalah sebuah program liga perlawanan gaming yang membawakan semua bakat pemain dari seluruh dunia. Game seperti Dota atau Counter Strike yang kini mempunyai pengiraan hadiah yang teramat besar. Industri eSports yang kini berkembang pesat sehingga anda boleh lihat siaran langsung melalui saluran TV yang terkenal seperti ESPN atau Astro Supersport.

Kini, mengikut daripada data analisa, saiz industri eSports ini akan mencecah lebih dari USD1.8 Bilion pada tahun 2020. Mengikut daripada wakil Baird Equity Research, Colin Sebastian berkata, “Tidak mustahil ianya adalah sebuah “perkara yang amat besar”pada masa akan datang didalam segmen media dan hiburan”.

Tahun lepas, industri ini telahpun mencecah USD200 juta. “Dengan penambahan potensi dari segi pengiklanan, liga-liga, penajaan, hak penyiaran, ianya sebanyak sedikit membantu menaikkan industri ini meningkat hingga USD1 Bilion pada tahun 2018, dan USD1.8 Bilion pada tahun 2020.” Kata Sebastian.

Mountain Dew RM150,000

Tahun ini, banyak acara eSports akan berlangsung, seperti acara RaceXP, sebuah program liga perlumbaan simulasi pertama di Asia dan juga Mountain Dew – Dew Challenge Amateur Dota 2 Tour yang mempunyai peluang untuk memenangi hadiah lumayan sebanyak RM150,000.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -