Bersempena sambutan Halloween, pemain Rocket League akan mendapat kandungan ekstra dari pihak pembina 18hb Oktober ini.
Kandungan percuma ini akan mengikut tema Halloween untuk pemain mengubahsuai pada kenderaan mereka. Pemain perlu menebus kandungan percuma ini sebelum 2hb November.


Berikut adalah senarai kandungan yang akan diberi:
- “Calavera” Antenna
- “Candy Corn” Rocket Trail
- “Carriage” Wheels
- “Fuzzy Brute” Antenna
- “Fuzzy Vampire” Antenna
- “Pumpkin” Topper
Dalam masa yang sama, buat pelanggan PlayStation Plus, anda boleh memuat turun game ini secara percuma untuk bulan Oktober.

