Jikalau anda bermain Gran Turismo Spot, anda mungkin sedia tahu mengenai isu pelayan mereka yang tidak mampu menampung jumlah pemain untuk log masuk pada beberapa hari yang lepas.
Ianya agak mengecewakan banyak pemain, lagi-lagi semasa musim cuti panjang dan kemaskini baharu oleh Polyphony Digital yang membawakan mod kempen dan 12 kereta baharu.
Mujur bahawa isu itu telahpun diperbaiki dan mereka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Mereka sebenarnya sedar mengenai isu log masuk tersebut yang melibatkan sesetengah pemain. Malah Polyphony menghubungi PSN untuk menyelesaikan isu tersebut, ternyata sebuah masalah yang tidak dapat dikawal oleh Polyphony sendiri.
The cause of the issue was that the unexpectedly large numbers of user network traffic had been mistakenly identified as an attack on the PlayStation™Network, and the login attempts were blocked by the system.
Mengikut dari kenyataan rasmi oleh Polyphony Digital, kenaikan pemain yang mendadak atas sebab musim cuti adalah salah satu sebab pelayan PSN tertutup secara automatik untuk mengelak isu serangan penggodam.
Ini adalah salah satu langkah berjaga-jaga oleh Sony atas pengalaman buruk mereka pada tahun 2014, dengan serangan DDOS (dstributed denial-of-service) oleh Lizard Squad yang menyebabkan gangguan servis mereka selama sehari.
Walaupun isu ini menyebabkan ramai pemain GT Sport kecewa namun ianya salah satu tanda bahawa Sony amat berhati-hati untuk mengelak sejarah hitam mereka kembali.
Artikel Asal: Gamer Matters

