Jikalau anda antara pemain yang masih lagi merancang untuk membeli permainan Dark Souls 3, maka ini adalah masanya.
Selepas pelancaran DLC yang terakhir, The Ringed City pada bulan lepas, Bandai Namco hari ini mengumumkan Dark Souls 3: The Fire Fades Edition, sebuah edisi penuh yang didatangkan dengan permainan bersama kesemua DLC & juga kesemua kandungan dari Season Pass pada harga USD $50 (~RM220).
Edisi penuh ini akan mula dijual untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.
Dark Souls 3 adalah siri ke-3 dari siri Dark Souls, ianya amat terkenal dengan tahap kesukaran kepada pemain yang sungguh mencabar. Pemaju FromSoftware juga pernah membina permainan lain yang hampir serupa, Bloodborne, permainan eksklusif untuk platform PlayStation 4 pada tahun 2015.

