fbpx

Journey To The Savage Planet Versi Nintendo Switch Dilancarkan

Journey To The Savage, salah satu permainan “underrated” yang mungkin mampu memegang permainan terbaik tahun ini, telahpun dilancarkan untuk platform Nintendo Switch semalam.

Permainan yang asalnya dijual pada PC (Epic Games Store), PS4 dan Xbox One, kini boleh didapati didalam bentuk mudah alih melalui Nintendo Switch. Namun hanya versi digital tersedia buat masa ini, manakala versi fizikal bakal dijual pada penghujung Jun nanti. Permainan ini dijual pada harga USD $29.99. Untuk eShop Korea, Hong Kong dan Jepun akan diumum kelak.

Journey To The Savage Planet adalah permainan pengembaraan sains fiksyen yang seronok dimainkan dengan beberapa adegan lawak dan beberapa kandungan yang memuaskan, seperti sistem crafting dengan pengembaraan platforming yang menyeronokkan. Rakan kami di Gamer Matters juga memberikan markah 8 / 10 melalui ulasan mereka disini.

Permainan ini baru sahaja mendapat DLC pertamanya yang bernama Hot Garbage mengenai planet baharu DL-C1 untuk menyelesaikan masalah sisa toksik. Namun tiada maklumat diberi untuk DLC kepada platform Nintendo Switch.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen