fbpx

Kad Grafik Zotac 2080 Ti Kini Dijual Serendah RM2,499

Selepas pengumuman Nvidia dengan kad siri RTX 30 mereka, nampaknya kekecohan didalam industri PC bakal menjadi lebih hebat dengan penjualan kad generasi sebelum, khususnya siri RTX 20 dengan harga yang amat rendah.

Hari ini, Zotac Malaysia membuat pengumuman kad grafik RTX 2080 Ti Triple Fan, dengan tawaran diskaun besar dengan harga jualan serendah RM2,499. Ini adalah separuh dari harga asal, iaitu RM5,469. Menariknya, Zotac Malaysia juga bakal menawarkan SSD 256GB secara percuma untuk sesiapa yang baru sahaja membeli RTX 2080 Ti dari mereka dalam masa sebulan yang lepas.

Image may contain: text that says 'ZOTAPGAMING NVIDIA GEFORCE RTX 2080 TI TRIPLE FAN RM2499 RM5469 SNIWV9JVIOZ BOUGHT ZOTAC 2080 NO AFTER 9T AUG2020 BEFORE PRIEO? PRICE EMAIL YOUDEAILS PROOF PURCHASE TOINFO@SUNCYCLE.COM.MY INFO@SUNCYCLE TAUNIT XPG SX8200 256GB TOKEN G OF SADNESS MASSIVE KNOCKDOWN!'

Selain dari kad grafik tertinggi generasi kini, kad RTX lain seperti RTX 2070 Super atau RTX 2080 Super juga mendapat diskaun seperti anda boleh lihat melalui gambar dibawah.

Image may contain: text
Image may contain: text

Perkara sebegini semestinya dijangka khususnya selepas Nvidia membuat keputusan untuk melancarkan kad siri RTX 30 pada harga yang sama namun dengan prestasi yang lebih berkuasa.

Jikalau anda masih tidak ketahui, anda mungkin boleh baca artikel mengapa RTX 30 hangat didebat sekarang.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -