fbpx

Kemaskini Baharu PS4 Mungkin Membolehkan Pengguna Menukar Nama Akaun PSN

Mengikut dari maklumat yang tertiris melalui laman web NeoGAF (via PlayStation Lifestyle), kemaskini baharu berkemungkinan membolehkan pengguna menukar nama akaun PSN mereka. Seperti yang kita tahu, banyak maklum balas telah diberikan oleh pemain atas sebab mereka tidak dapat menukarkan nama akaun PSN mereka atas polisi Sony itu sendiri.

Sumber menyatakan, melalui nota kemaskini SDK baharu (versi 4.008.061), ianya membolehkan pemain mempunyai dua jenis nama, iaitu nama Online ID dan nama yang akan dipaparkan kepada umum.

Namun ianya masih lagi spekulasi dan andaian yang dibuat oleh umum setelah mereka melihat nota kemaskini yang masih lagi samar mengenai penukaran nama akaun.

Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi diberikan oleh Sony.

Artikel Berkaitan: Akaun PSN Digantung Atas Nama “Jihad”


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -