fbpx

Kemaskini Terakhir Battlefield V Kini Tiba

Masih ingat lagi pengumuman oleh pembangun Battlefield V, DICE mengenai kemaskini besar dan terakhir untuk permainan ini pada April lalu?

Ianya kini telahpun tiba dan anda boleh dan anda boleh muat turunnya mulai sekarang untuk kesemua platform yang terlibat (PC, PS4 dan Xbox One).

Kemaskini yang bersaiz 10GB ini akan membawakan kawasan baharu, Al Marj Encampment, sebuah kawasan padang pasir di Libya yang akan menyokong jenis permainan seperti Conquest, Breakthrough, TDM, Squad Conquest.

DICE juga membawakan beberapa kandungan tambahan baharu seperti senjata dan bom, gajet, kenderaan, kapal terbang dan juga barisan 14 askar US bersama 2 askar Jepun.

Seperti biasa, kemaskini juga membawakan beberapa penambahbaik dari maklum balas pemain. Walaupun ini adalah diperkatakan kemaskini terakhir, beberapa kemaskini kecil bakal menyusul untuk membawa kestabilan pada pengalaman permainan Battlefield V.

Pada bulan April lalu, DICE mengambil keputusan untuk tidak memfokuskan pembangunannya pada permainan sekarang seperti Battlefield V dan Star Wars: Battlefront II untuk pembangunan permainan Battlefield 6 yang dilancarkan kelak. Siri ke-6 ini juga pernah tertiris sebagai satu permainan pelancaran PS5.

Untuk senarai penuh kemaskini ini, anda boleh layari halaman Reddit rasmi mereka.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -