fbpx

38 Permainan Untuk PS5 Tertiris Melalui Majalah Rasmi PlayStation

Walaupun Sony masih tidak menyiarkan berita rasmi mengenai PS5, namun maklumat luar makin menarik dari hari ke hari. Hari ini, satu maklumat dimana 38 permainan untuk PS5 tertiris melalui majalah rasmi PlayStation, bernama PlayStation Magazine yang dijual untuk pasaran UK edisi Jun.

Maklumat yang tertiris itu menunjukkan tangkapan skrin muka hadapan dan seksyen maklumat majalah tersebut.

Dari senarai tersebut, pelbagai judul permainan disenaraikan, sesetengahnya adalah permainan baharu yang pernah diumum seperti Assassin’s Creed Valhalla, Dirt 5 ataupun WRC 9.

Namun apa yang menarik perhatian adalah permainan baharu dari EA seperti Battlefield 6, Dragon Age 4 dan juga The Sims 5. Menariknya Bethesda juga bakal sibuk dengan jadual pelancarannya dengan permainan The Elder Scrolls 6 dan Starfield.

Dengan maklumat-maklumat diatas, pastinya bulan Jun adalah bulan yang dinantikan untuk peminat PlayStation mengenai konsol generasi baharunya, dan dengan harapan kita dapat melihat lebih banyak maklumat mengenai PS5 pada bulan hadapan.

Sumber: PlayStation Life Style.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen