fbpx

Khabar Angin Mengatakan Killzone 5 Kini Didalam Pembangunan

Salah sebuah surat khabar Belanda, Parool.nl pernah menerbitkan artikel mengenai penutupan studio Guerrilla Games Cambridge pada bulan lepas. Didalam artikel tersebut, ianya secara terang menyatakan tentang pembangunan siri Killzone baharu selepas diterjemahkan melalui Google Translate (sumber dari PlayStation Universe).

“Guerrilla, where 270 people work, was acquired in 2005 by Sony. Now it is working on a new Killzone.”

Dari kenyataan diatas, ternyata mereka “mungkin” didalam proses pembangunan untuk Killzone.

Selepas pelancaran Horizon Zero Dawn dengan jayanya, spekulasi ini amatlah besar dan mungkin benar atas Guerrilla ingin memfokuskan kepada legasi siri Killzone mereka.

Killzone adalah sebuah permainan penembak pandangan pertama yang telah dijual semenjak tahun 2004 selaku permainan eksklusif untuk PlayStation 2, mereka juga mendapat pujian mengenai kualiti grafik dan konsep permainan daripada pengkritik. Manakala siri yang terkini adalah Killzone Shadow Fall untuk PS4 pada tahun 2013 dengan markah reviu yang tidak memberangsangkan.

Mengikut kepada PlayStation Universe lagi, Herman Huslt, Pengarah Urusan Guerrilla pernah memberi kenyataan melalui temuramah bersama Game Informer, bahawa siri sains fiksyen ini adalah DNA utama kepada mereka.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -