fbpx

Konami Membalas Kenyataan Maradona Mengenai Perlesenan PES 2017

Semalam, pemain legenda terkenal dunia, Diego Maradona berhasrat untuk menyaman syarikat penerbit permainan sukan bolasepak terkenal, PES 2017.

Kenyataan beliau melalui akaun rasmi Facebook, bintang sukan dari Argentina ini mengatakan bahawa akan menyaman Konami atas penggunaan imej beliau didalam permainan tersebut.

 

Malah, Maradona telahpun mengambil tindakan mengikut petikan kenyataan beliau dibawah:

“Peguam saya, Matias Morla akan memulakan prosedur tindakan undang-undang terhadap syarikat dari Jepun itu.”

Namun, Konami mengeluarkan kenyataan untuk membalas terhadap tindakan beliau. Sumber melalui Kotaku, syarikat penerbit permainan video gergasi tersebut telahpun mendapat kelulusan dan digunakan mengikuti cara yang betul.

“Buat masa kini, terdapat berita bahawa PES 2017 menggunakan seorang individu tanpa kebenaran beliau; namun, syarikat kami menggunakannya dengan cara yang betul, malah mengikut dari yang dipersetujui melalui kontrak lesen dengannya.”

Konami telahpun tampil dengan kenyataan rasmi mereka dengan mengikuti segala yang ditentukan melalui kontrak. Apakah yang akan dibalas oleh pihak Maradona? Sama-sama kita nantikan.

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -