fbpx

Konsol Xbox One Berkapasiti 1TB – 16hb Jun Ini

Microsoft, sebuah syarikat pembina konsol Xbox kini mengumumkan bahawa Xbox One Berkapasiti 1TB akan datang pada 16hb Jun ini untuk pasaran Amerika Syarikat (US), pada harga USD$399 (RM1,490).

Berdasarkan sumber, Xbox One kini akan mempunyai luaran yang baharu dengan jenis matte dengan controller serba baharu. Kini, dengan controller Xbox One serba baharu, ianya beserta dengan slot 3.5mm untuk memudahkan pemain mendengar melalui headphone mereka seperti mana sudah dilaksanakan pada controller PlayStation 4 sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Microsoft juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah unit adapter untuk pemain menyambungkan controller Xbox One secara tanpa wayar kepada komputer pemain dengan harga USD$24.99 (RM93.00). Namun peranti ini hanya untuk platform Windows 10 sahaja.

Konsol dan peranti ini semestinya tidak akan dijual secara rasmi di pasaran Malaysia buat masa kini. Namun, berkemungkinan penjual-penjual di Malaysia akan membawakan peranti ini daripada pasaran Singapura.

Berikut adalah video nyah-kotak Xbox One baharu ini daripada Microsoft sendiri.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen