Kontroversi Mengenai Karakter Seksi – Pengarah NieR:Automata Memberi Komen

Taro Yoko akhirnya memberi kenyataan mengenai isu / kontroversi tentang karakter utama YoRHa No.2 Type B (2B) yang dikatakan agak seksi untuk lapisan umur. Isu ini semakin banyak diperkatakan atas pelancaran demo mereka beberapa hari sebelum Krismas yang lepas. Kami juga sempat bermain versi demo, dan memberi pendapat melalui artikel pandang pertama kami.

Namun mengikut dari pihak studio pembina dan pengeluar, mereka tidak mempunyai isu “seksi” ini. Malah, Square Enix memuat naik gambar seperti diatas untuk tujuan promosi NieR:Automata ini. Yosuke Saito juga pernah menerangkan melalui siaran langsung mereka bahawa kain putih disebalik kain skirt karakter adalah pakaian jenis “leotard”, bukan seluar dalam.

Taro Yoko tidak melepaskan peluang ini untuk memuat naik status sosial beliau yang agak lucu kepada peminat. Status diatas menyatakan: “Mengenai isu punggung 2B, banyak sangat gambar tersebut dimuat-naik. Memandangkan ianya amat leceh untuk kumpulkan semuanya, saya akan hantar melalui fail zip secara mingguan kepada semua.”

Taro Yoko, memuat naik satu lagi status diatas, selepas diterjemahkan: “Memandangkan saya dah sentuh topik fail zip gambar 2B ini, nampaknya ianya dah dimuat naik oleh seseorang dan semestinya didalam format zip. Dunia internet sungguh unik.”

Yoko juga menyatakan lagi seperti dibawah untuk menenangkan peminat semua.

NieR:Automata akan mula dipasarkan pada 7hb Mac ini untuk PlayStation 4 dan platform PC akan dipasarkan kemudian pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen