fbpx

Langganan Xbox Game Pass Mencapai 10 Juta

Nampaknya konsep “Netflix for games” ternyata menjadi. Berdasarkan dari laporan baharu Microsoft mengenai servis Xbox Game Pass mereka menampakkan ianya didalam landasan yang betul.

Semenjak dari bulan Mac 2020, Xbox Game Pass telah mempunyai pelanggan sebanyak 10 juta dari 41 buah negara yang disokong secara rasmi.

Dan nombor ini bukan sahaja untuk menikmati pustaka permainan video langganan ini. Malah, dari Mac hingga April 2020, pelanggan yang mengguna menambah rakannya sehingga lebih dari 23 juta rakan didalam Xbox Live (peningkatan 70%) dan bermain permainan multi-pemain meningkat kepada 130%. Salah satu faktor besar mungkin adalah sebab situasi pandemik dimana hampir semua negara menasihatkan rakyatnya untuk kekal duduk dirumah, namun data ini menunjukkan betapa relevannya konsep Xbox Game Pass ini.

Walaupun nombor tersebut agak memberangsangkan, namun beberapa negara masih lagi tidak dapat menikmati langganan ini, seperti negara Malaysia secara misalnya. Namun, kami ada tips cara langganan Xbox Game Pass untuk pemain sekalian.

Sumber: Xbox Wire

Berkaitan

- Iklan -

Komen