Lebih Dari 24,000 Pemain Boikot EA Mengenai Permainan FIFA 18

Now Reading
Lebih Dari 24,000 Pemain Boikot EA Mengenai Permainan FIFA 18

FIFA sudah semestinya sebuah permainan yang terkenal dengan statistik jualan yang besar di seluruh dunia. Akan tetapi, beberapa tindakan EA buat kepada permainan ini membuatkan pemain mereka mula untuk boikot atas sebab beberapa isu.

Mereka kini mul meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman petisyen Change.org, pabila EA mengeluarkan patch baharu untuk menukarkan algoritma penjaga gol dan penyerang didalam permainan ini, dan dengan patch ini, pemain merasakan FIFA 18 kini lebih kurang menarik dan lebih patut dikenali sebagai “FIFA 17.2”, ini merujuk kepada konsep gameplay yang lari daripada yang diuarkan semasa demo pada September lepas.

Malah, petisyen berikut menyatakan banyak isu yang patut diambil tindakan oleh EA untuk memenuhi kehendak pengguna seperti berikut:

  • Pelayan EA tidak mampu menanggung trafik khususnya semasa acara Weekend League yang sekaligus memberi pengalaman kurang responsif semasa bermain.
  • Isu semasa akses “Featured Squad” didalam Squad Battles.
  • Isu untuk penukaran nombor kit.
  • Bug semasa bola yang akan menganggu power bar / nama pemain.
  • Isu sesi pencarian pemain.
  • Menghantar jemputan kepada pemain didalam Pro Clubs sentiasa tidak menjadi.
  • Keperluan untuk permain 40 sesi permainan untuk Weekend League agak melampau yang memerlukan komitment tinggi kepada pemain

Ini bukanlah kali pertama EA mempunyai kontroversi dengan tindakan mereka. Isu loot box masih didengari atas kebimbangan pemain seperti Star Wars Battlefront II dan juga Need For Speed Payback.

Anda boleh lihat maklumat lanjut mengenai boikot ini melalui laman petisyen berikut.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen