Setahun yang lepas kami pernah berkongsikan tentang permainan baharu dari sebuah studio terletak di Singapura, Boomzap Entertainment dengan permainan baharu mereka, Legends of Callasia.
Permainan yang menggunakan konsep strategi “turn-based” (menyerupai permainan seperti Civilization atau Crusader Kings) ini telahpun berjaya dipasarkan untuk platform PC, iOS dan Android semenjak 10hb Jun 2016, sejurus selepas kejayaan mereka melalui projek Kickstarter yang lepas.
Kini, mereka mencapai satu lagi kejayaan dengan pencalonan didalam IMGA (International Mobile Gaming Award), sebuah acara anugerah kepada permainan mudah alih diseluruh dunia yang akan diadakan pada 28hb Februari ini di San Francisco, Amerika Syarikat.
Anda juga boleh membantu dengan mengundi permainan mudah alih ini atau yang lain melalui halaman rasmi IMGA.
Kami di GamerMalaya mengucap maju jaya kepada calon-calon khususnya kepada Boomzap Entertainment.