Gravity Rush 2, permainan ekslusif PlayStation 4 boleh dimainkan bermula pada hari ini, manakala NieR:Automata pada bulan Mac nanti. Kedua-dua permainan video ini mempunyai konsep mereka tersendiri dengan karakter utama yang agak unik, sehinggalah mencipta kontroversi atas sebab terlalu seksi didalam NieR:Automata.
Seorang peminat, berkongsi lakaran beliau dengan menukarkan pakaian mereka pada sama satu yang lain melalui laman sosial Twitter beliau.
i felt like drawing this outfit swap of Kat and 2B for some reason since i'm so excited for both #GravityRush2 and #NieRAutomata!! #ニーアオートマタ pic.twitter.com/VjzMVq4To8
— Koyorin.chr 🍎 (@koyoriin) January 16, 2017
Melalui gambar diatas, ternyata ianya dilakarkan dengan baik, dan membuatkan kami terasa, adakah bagus jikalau kedua karakter ini bergabung didalam siri permainan video akan datang. Ini bukanlah lakaran pertama beliau, @koroyin pernah melakar banyak mengenai karakter NieR:Automata dan juga Gravity Rush.

