fbpx

Logitech Melancarkan Fon Kepala G733 Lightspeed Dengan Warna Menarik

Barisan produk Logitech G sentiasa memokuskan kepada para pemain dengan reka bentuk yang kebiasaan kita lihat iaitu hitam, biru dan sedikit kemerahan. Kali ini Logitech membuat keputusan untuk beralih dari warna yang bosan kepada pendekatan warna produk yang lebih ceria melalui siri set fon kepala mereka, Logitech G733 Lightspeed.

Ianya adalah sebuah set fon kepala tanpa wayar, khas untuk para pemain permainan video. Fon kepala ini mempunyai keberatan sebanyak 278g dan membawakan lampu RGB Lightsync yang dimana konfigurasi boleh dibuat melalui perisian G HUB. Ianya juga akan didatangkan dengan 40mm PRO-G Driver dan teknologi DTS Headphone x Surround Sound.

Dalam masa yang sama, mikrofon yang didatangkan dengan fon kepala ini boleh dicabut, sesuatu fungsi yang bakal diterima baik oleh pengguna. Ianya juga boleh bakal menyokong sambungan ke PS4. Fon kepala ini mampu bertahan sehingga 29+ jam dan boleh dicaj melalui USB-C.

Logitech G733 Lightspeed bakal hadir pada bulan ini dengan harga RM699. Anda boleh lihat maklumat lanjut melalui laman web Logitech.

Berkaitan

- Iklan -

Komen