fbpx

Logo Xbox Series X Muncul Di Internet

Maklumat melalui Reddit, Logo baharu dari Microsoft untuk konsol generasi baharu mereka terpapar di internet melalui laman pendaftaran perdagangan Justia Trademarks.

Mengikut dari halaman tersebut, ternyata ianya pendaftaran yang dibuat oleh Microsoft secara rasmi untuk Xbox Series X yang akan digunakan pada konsol, barangan dan material pemasaran mereka.

Mengikut dari seni bina logo ini, pendekatannya agak berbeza dengan logo generasi kini mereka.

Untuk pengetahuan, Sony telahpun mengumumkan logo mereka pada bulan Januari lepas melalui acara CES 2020.

Series X adalah konsol generasi baharu Microsoft yang secara teorinya akan menjadi sebuah konsol yang paling berkuasa, mengikut dari maklumat spesifikasinya.

Setakat ini tiada tarikh pelancaran diumum.

Berkaitan

- Iklan -

Komen