Scapes, sebuah mod dimana pemain boleh menangkap gambar kereta mereka semasa bermain permainan Gran Turismo Sport untuk berkongsi kepada rakan atau laman sosial media.
Minggu lepas, Sony telahpun memberi peluang untuk sesiapa yang ingin mencubanya secara percuma, namun beberapa lokasi tidak dapat digunakan atas sebab DLC yang perlu dimuat turun secara percuma semasa pelancaran.
Malah, Melaka adalah salah satu lokasi pemain mempamerkan kereta idaman mereka disertakan latar belakang negeri bersejarah itu.

Akhirnya, permainan video yang dinantikan ini sudah boleh didapati dipasaran.
Scapes Add-on boleh dimuat turun secara percuma dengan saiz muat-turun sebanyak 9.3GB.
Anda boleh muat turun melalui PS Store disini.
Artikel Asal: Gamer Matters

