Seperti berita yang lepas mengenai rancangan Nintendo pada program E3 akan datang nanti, salah satu programnya adalah Nintendo World Championships 2015.
Nintendo Championships adalah sebuah program perlawanan antara pemain untuk game Nintendo. Setelah sekian lama menghilang, kini mereka membawa program yang bersejarah ini selepas 25 tahun lamanya.
Salah satu program daripada pertandingan ini adalah Ultimate NES Remix pada peranti 3DS. Mengikut kepada VG247, ianya berdasarkan kepada sistem pemarkahan untuk game seperti Super Mario Bros., Super Mario Bros. 3 dan Dr. Mario. Lokasi pertandingan akhir akan diadakan di bandar Los Angeles.
Malangnya pertandingan ini hanya untuk pemain di negara US sahaja buat masa kini. Waktu pertandingan akan diadakan pada 10AM-7PM, 30 Mei. Berikut adalah senarai lokasi:
- 1717 Harrison St. San Francisco, CA
- 3675 Pacific Coast Highway. Torrance, CA
- 10760 NW 17th St. Miami, FL
- 900 E. Golf Road. Schaumburg, IL
- 12905 Elm Creek Blvd. N. Maple Grove, MN
- 5001 Northern Blvd. Long Island City, NY
- 9378 N. Central Expressway. Dallas, TX
- 2214 S. 48th St. Tacoma, WA