Konami kini mengumumkan bahawa pemain PlayStation 4 dan PlayStation 3 akan menikmati Pro Evolution Soccer (PES 2016) secara percuma.
Bermula dari 8hb Disember, pemain boleh muat-turun game ini secara percuma. Namun akan ada perbezaan antara percuma dan versi penuh, sebuah konsep yang hampir sama dengan DriveClub.
Edisi percuma termasuk Exhibition Mode dengan 7 pasukan seperti Bayern Munch, Juventus, AS Roma, Brazil dan Perancis. Training dan MyClub juga akan diberikan dimana pemain boleh melatih dan membina pasukan mereka sendiri.

