fbpx

Marvel dan Square Enix Berkerjasama Untuk The Avengers!

Marvel mengumumkan bahawa satu perjanjian bersama Square Enix telah ditandatangani sekaligus menyaksikan permainan video The Avengers akan dibina pada masa depan. Tidak banyak yang diketahui mengenai permainan ini melainkan sebuah trailer video yang telah dikeluarkan pada laman Youtube rasmi Marvel Entertainment.

Ini sudah tentunya berita yang mengembirakan untuk para peminat setia The Avengers selepas usaha untuk memajukan permainan itu yang terdahulu gagal. Turut diumumkan ialah permainan tersebut akan dibina oleh dua buah studio iaitu Crystals Dynamic & Eidos Montreal.

Kedua-dua studio tersebut sememangnya terkenal dengan karya-karya popular termasuk permainan mereka yang terbaru iaitu Rise Of The Tomb Raider & juga Deus Ex: Mankind Divided. Berdasarkan jenis & gaya permainan-permainan tersebut, jangkaan boleh dibuat bahawa aksi pengembaraan serta beberapa elemen RPG akan ditampilkan oleh studio-studio tersebut. Tidak mustahil juga peminat akan disajikan dengan permainan ala-ala siri Batman: Arkham Trilogy. Terdahulu, Marvel telah bekerjasama dengan Activision didalam penghasilan siri permainan Marvel: Ultimate Alliance & X-Men Legends.

Apa pendapat anda tentang permainan ini? Teruskan mengikuti kami untuk perkembangan selanjutnya!


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

- Iklan -