fbpx

Rise Of The Tomb Raider (PS4) Akhirnya Mendapat Tarikh Pelancaran Rasmi

Square Enix mengesahkan tarikh rasmi pelancaran Rise Of The Tomb Raider untuk platform PlayStation 4 semalam. Ianya akan mula dipasarkan pada 11hb Oktober 2016 untuk rantau Amerika Syarikat dan Eropah.

Sebuah game yang dibina oleh Crystal Dynamic dan Nixxes Software, game versi PS4 ini akan dijual dengan tajuk Rise Of The Tomb Raider: 20 Year Celebration dengan kandungan jalan cerita ekstra, bernama Blood Ties. Kandungan ekstra lain juga diberikan seperti mode Endurance yang boleh dimainkan secara Co-op, kesemua DLC, pelbagai jenis pakaian, senjata dan lain-lain.

Ianya juga akan menyokong untuk PlayStation VR, namun hanya dari jalan cerita Blood Ties yang akan mempunyai hampir 60 minit masa permainan.

Rise of The Tomb Raider telah mula dipasarkan semenjak tahun lepas untuk Xbox One dengan prestasi reviu yang agak positif dari pelbagai laman web. Manakala untuk platform PC pada penghujung Januari 2016. Kini ianya akan mula dipasarkan untuk PlayStation 4, setahun selepas pelancaran dari Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -