PlayStation Asia telah mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran beserta dengan harga jualan untuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales untuk PS4, iaitu pada 12hb November ini pada harga RM209.
Sebagai permainan pelancaran PS5, ianya juga boleh dibeli melalui versi PS4 dan naiktaraf percuma kepada PS5 ditawarkan. Jikalau anda memiliki versi fizikal, anda memerlukan konsol PS5 versi slot cakera (bukan versi digital) untuk menuntut tawaran percuma tersebut.
Untuk harga RM209 (fizikal ataupun digital) di Malaysia, ini ternyata Sony mengikuti harga dari US iaitu pada $50 USD. Juga, ambil perhatian untuk yang tidak pernah memiliki siri Spider-Man sebelumnya, atas kerana edisi Ultimate permainan ini akan didatangkan dengan Marvel’s Spider-Man Remastered yang hanya boleh dimainkan didalam versi PS5.
Pra-beli telahpun dibuka melalui PlayStation Store Asia.