Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Masih Ingat Destruction Derby? Wreckfest Akan Kembalikan Nostalgia Tersebut

34

Jikalau anda masih mencari permainan ala-Destruction Derby pada masa kini, Wreckfest adalah permainan yang paling sesuai untuk tema tersebut. Bugbear Entertainment akhirnya mengumumkan pelancaran permainan ini selepas 4 tahun didalam status pembinaan.

Seperti yang dijangka, pemaju yang sama dari FlatOut 1 & 2 ini akan meningkatkan lagi konsep & faktor “destruction” mereka. Perincian kereta kemek dan calar semasa perlumbaan adalah salah satu fungsi grafik yang akan diterima oleh peminat.

Video trailer pelancaran dibawah menunjukkan segala kerosakan dan pelanggaran yang seperti dijangkakan.

Wreckfest sekarang didalam status Steam Early Access dan akan dikeluarkan dari status tersebut, maka harganya juga akan dinaikkan semasa pelancaran nanti. Setakat ini ianya masih berbaloi dibeli pada rangka harga RM75 sahaja.

Wreckfest juga akan hadir ke Xbox One dan PS4 pada 20hb November nanti.