fbpx

Mazda RX-Vision GT3 Concept Boleh Didapati Didalam Gran Turismo Sport

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Mazda, kereta konsep eksklusif Mazda kini boleh dimainkan didalam Gran Turismo Sport.

Mazda RX-Vision GT3 Concept boleh didapati melalui kemaskini versi 1.59 ini adalah sebuah kereta konsep yang pernah dipertontonkan pada acara Tokyo Motor Show 2015. Dengan rekaan terkenal “Kodo-Soul of Motion” dari Mazda, ianya agtak menyerupai kereta Mazda 3 namun semestinya lebih berkuasa untuk perlumbaan.

Dikuasakan dengan enjin rotary SKYACTIV-R, kereta ini akan berada didalam kelas Gr. 3 dengan penjanaan kuasa dari tayar belakang (FR).

Dalam masa yang sama, acara istimewa juga turut serta sebagai kandungan tambahan untuk kemaskini ini:

  • RX-Vision GT3 Concept Time Trial Challenge
  • RX-Vision GT3 Concept Livery Design Contest

Malah, pemenang akan dipilih melalui kedua-dua acara diatas dan berpeluang untuk memenangi kereta miniatur edisi khas dari Mazda.

Ini adalah satu pemberian yang baik berbanding dengan kandungan yang agak hambar pada bulan lepas.

Kemaskini 1.59 bakal hadir ke GT Sport pada jam 2 petang esok.

Sumber: PlayStation Blog.

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -