fbpx

Microsoft Memperolehi Syarikat Induk Bethesda

Persaingan antara dua syarikat gergasi, Microsoft dan Sony agak sengit dan menarik apabila masing-masing menunjukkan kebolehan konsol generasi mereka dan barisan permainan yang bakal hadir untuk pemain. Namun, berita kali ini lebih unik apabila Microsoft membuat pengumuman mengenai pembelian syarikat Zenimax Media, sebuah syarikat induk Bethesda.

Ini semestinya satu berita yang agak menarik dan pembelian syarikat paling pantas didalam industri permainan video. Perolehan ini bernilai USD $7.5 bilion, menjadikan salah satu pembelian termahal didalam industri.

Zenimax Media, sebuah syarikat yang memiliki pelbagai studio disebalik permainan terkenal seperti Fallout, The Elder Scrolls, Doom dan Wolfenstein. Berikut adalah studio-studio yang kini dimiliki oleh Xbox (Microsoft)

  • Bethesda Softworks
  • Bethesda Game Studios
  • id Software
  • ZeniMax Online Studios
  • Arkane
  • MachineGames
  • Tango Gameworks
  • Alpha Dog
  • Roundhouse Studios

Setakat ini tiada berita lagi mengenai status eklsusif ke Xbox kepada permainan dibawah studio-studio diatas, berkemungkinan Microsoft lebih mefokuskan kepada Xbox Game Pass mereka, namun ternyata tindakan Microsoft kali ini adalah satu perolehan yang bernilai untuk mereka dan pelanggan pada akan datang.

Sumber: Xbox Wire melalui Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -