Microsoft Store Menawarkan Diskaun Kepada Forza Horizon 3, Forza Motorsport 7 Dan Halo Wars 2

Now Reading
Microsoft Store Menawarkan Diskaun Kepada Forza Horizon 3, Forza Motorsport 7 Dan Halo Wars 2

Percaya atau tidak, Microsoft Store kini telahpun menjual katalog permainannya didalam Ringgit Malaysia (RM), sekaligus ianya ditawar dengan harga lebih murah. Malah, bersempena dengan acara Black Friday, Microsoft membuat tawaran dengan diskaun yang agak memberangsangkan khusunya kepada permainan eksklusif Xbox One.

Permainan-permainan seperti Forza Horizon 3, Forza Motorsport 7, Gears Of War 4, dan juga Halo Wars 2.

Permainan eksklusif ini juga boleh dimainkan kepada platform PC melalui program Xbox Play-Anywhere, sebuah program cross-platform yang boleh dimainkan antara platform Xbox One atau PC selepas dibeli secara digital.

Berikut adalah senarai harga permainan yang kami rasa menarik untuk anda memiliki:

  • Forza Horizon 3 Standard Edition – RM97 (RM194)
  • Forza Motorsport 7 Standard Edition – RM152.10 (RM234)
  • Halo Wars 2 Standard Edition – RM78 (RM156)
  • Gears of War 4 – RM78 (RM156)
  • Gears of War: Ultimate Edition for Windows 10 – RM39 (RM56)

Selain dari permainan diatas, beberapa pemain lain juga diberi tawaran seperti siri Walking Dead. Namun bagi kami ianya lebih berbaloi jikalau dibeli melalui Steam.

Untuk membeli, and perlu menaiktaraf ke Windows 10 terlebih dahulu, dan membelinya melalui aplikasi Microsoft Store.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen