Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Microsoft Store Turut Serta Menawarkan Diskaun Hebat Seperti Forza, ReCore Dan Gears Of War

134

Selepas Steam Winter Sale dan jualan Holiday Sale oleh PlayStation, Microsoft juga turut serta dengan promosi hebat mereka kepada semua. Jualan ini juga amat berbaloi atas sebab mata wang yang ditawarkan kini didalam Ringgit Malaysia (RM).

Namun untuk menikmati promosi ini, anda perlu mempunyai konsol Xbox One ataupun PC didalam versi Windows 10 yang terkini.

Promosi yang ditawarkan adalah permainan-permainan eksklusif seperti Forza dan siri Gears of War yang mungkin anda minati seperti senarai dibawah:

  • Forza Horizon 3 Standard Edition – RM97 (RM194)
  • Forza Motorsport 7 Standard Edition – RM152.10 (RM234)
  • Gears of War 4 – RM78 (RM156)
  • Gears of War: Ultimate Edition for Windows 10 – RM19.60 (RM56)
  • ReCore – RM58.50 (RM78)

Promosi diatas akan tamat pada 7hb Januari ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari halaman Microsoft Store di pautan ini.