Monster Hunter XX Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada Ogos Ini

Now Reading
Monster Hunter XX Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada Ogos Ini

Syarikat penerbit permainan video Monster Hunter, Capcom mengumumkan bahawa siri tersebut akan hadir ke platform Nintendo Switch kelak.

Monster Hunter XX, yang asalnya dikeluarkan untuk platform mudah alih Nintendo 3DS akan dijual untuk platform Switch, namun hanya untuk pasaran Jepun secara eksklusif buat masa ini.

Capcom juga melancarkan laman web khas untuk pengumuman tersebut dan ianya akan mula dijual pada 25hb Ogos ini di Jepun.

Permintaan terhadap permainan ini amatlah tinggi sehingga mencapai 1.2 Juta unit terjual dengan sekaligus menjadi permainan video yang terlaris di Jepun pada bulan Mac yang lepas.

Setakat ini tiada berita lanjut mengenai Monster Hunter untuk keluaran pasaran barat atau selain dari Jepun.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen