Nintendo Switch Dan 3DS Konsol Terlaris Di Jepun Bulan Lepas, Mengalahkan PS4

Now Reading
Nintendo Switch Dan 3DS Konsol Terlaris Di Jepun Bulan Lepas, Mengalahkan PS4

Sumber gambar utama, Famitsu.com

Nintendo sekali lagi mencapai satu lagi kejayaan dengan dua-dua konsol mereka didalam tangga dua tertinggi pada pasaran negara Matahari Terbit pada bulan lepas.

Sumber dari Famitsu (Melalui Kotaku) mengeluarkan data jualan yang dimana Nintendo Switch, konsol baharu Nintendo mendominasi jualan dengan 524,371 unit terjual pada bulan lepas berbanding dengan bulan sebelumnya, PlayStation 4 pada paras 140,068 unit.

Manakala Nintendo 3DS mengekalkan kedudukannya pada tempat kedua dengan 159,402 unit terjual, peningkatan sedikit dari bulan sebelumnya, 114,985 unit.

Statistik jualan bulanan ini adalah diantara 27hb Februari sehingga 26hb Mac 2017.

Peningkatan jualan ketara Switch adalah sebuah berita yang dijangka, atas sebab pelancaran konsol itu sendiri pada bulan Mac.

Kotaku juga berkongsi data mengenai 5 permainan yang terlaris pada bulan lepas di Jepun.

5. 1-2-Switch (Switch) – 138,790 unit

4. Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands (PS4) – 139,873 unit

3. Horizon Zero Dawn (PS4) – 167,756 unit

2. The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Switch) – 307,621 unit

1. Monster Hunter XX (3DS) – 1,270,332 unit

Apa yang menarik adalah Monster Hunter XX, sebuah permainan eksklusif sementara untuk pasaran Jepun terjual sehingga lebih dari 1.2 juta unit.

Permainan ini yang juga dikenali sebagai Monster Hunter Double Cross hanya dijual pada konsol mudah alih 3DS, dan akan berada dipasaran dunia pada bulan Julai kelak.

Ralat: Untuk pasaran dunia, masih tiada lagi tarikh yang ditentukan. Maaf atas kesilapan maklumat.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen