fbpx

Need For Speed: Hot Pursuit Remaster Bakal Hadir?

Siapa tidak setuju betapa seronoknya melarikan diri dari polis (atau mengejar serbagai polis) didalam Need For Speed: Hot Pursuit suatu masa dahulu.

Permainan yang dibangunkan oleh Criterion ini diperkatakan bakal hadir semula didalam bentuk remaster untuk konsol moden. Permainan ini asalnya pernah dilancarkan pada tahun 2010 untuk PC, PS3, dan juga Xbox 360.

Ura-ura ini adalah berdasarkan laporan dari Venturebeat yang dimana permainan ini bakal hadir semula untuk platform PC dan konsol, ini termasuklah Nintendo Switch.

Laporan yang dinyatakan adalah melalui pengumuman EA melalui acara EA Play mereka yang lepas. Melalui acara tersebut pelbagai permainan diumum termasuk Skate 4, Star Wars Squadrons, FIFA 21 dan pelbagai permainan indie dibawah payung EA Originals.

Sumber: Melalui Eurogamer.

Berkaitan

- Iklan -

Komen