fbpx

Need For Speed: Hot Pursuit Remastered Bakal Hadir 6hb November

Nampaknya laporan ura-ura sebelum ini menjadi kenyataan. EA mengumum permainan Need For Speed pertama Criterion, Need For Speed: Hot Pursuit Remastered yang bakal hadir pada 6hb November ini.

Projek pengolahan ini adalah dibawah studio Stellar Entertainment, sebuah studio yang sama disebalik projek Burnout Paradis Remastered.

Selepas 10 tahun dari tarikh pelancaran asal, Hot Pursuit bakal diolah dengan kualiti visual yang ditambahbaik. Kesemua DLC juga bakal disertakan bersama, termasuk beberapa DLC yang tidak pernah dilancarkan di PC.

Pencapaian atau trofi baharu dan mod gambar akan dikemaskini. Rentas platform juga disokong antara semua konsol dan juga PC. Permainan ini akan dimainkan pada paras 1080p/60fps untuk konsol PS4 Pro dan Xbox One X. Tiada berita untuk perancangan permainan ini untuk konsol gen-baharu.

Need For Speed: Hot Pursuit Remastered bakal dilancarkan pada 6hb November untuk PS4, PC, Switch dan Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -