Need For Speed: Hot Pursuit, permainan yang dilancarkan sepuluh tahun yang lalu kini mendapat pengolahan yang akan dilancarkan pada November ini. Ianya menarik perhatian ramai mengenai apa yang akan dibawakan didalam versi remaster khususnya dari konsol legasi PS3 dan Xbox 360.
Malangnya, kualiti grafik untuk versi PC tidaklah memberangsangkan jikalau dibandingkan versi asal yang masih lagi dijual di Steam dan Origin.
Video yang dimuat naik oleh akaun Youtube bernama Crowned, adalah salah satu pencipta kandungan yang mendapat akses awal Need For Speed: Hot Pursuit Remastered. Melalui video tersebut beliau membuat perbandingan dari permainan tersebut bersama dengan versi asal untuk PC dan juga versi Xbox 360.
Semestinya ada perbezaan dari video diatas, seperti latar belakang dan jarak paparan lebih jauh. Tekstur juga nampak lebih jelas. Namun selain dari faktor tersebut, ianya nampak sama dengan versi asal PC.
Perbezaan kecil ini mungkin tidak meyakini beberapa pemain yang telah memiliki versi asal. Melainkan anda inginkan DLC yang akan ditawarkan bersama remastered, dimana beberapa DLC tersebut tidak pernah dilancarkan di PC dan akan hadir buat pertama kali.
Need For Speed Hot Pursuit Remastered akan dilancarkan ke PS4, PC (Steam, Origin) dan Xbox One pada 6hb November, manakala Nintendo Switch pada 13hb November.