fbpx

NFS Heat Kini Boleh Direntas-Main Antara PS4, PC Dan Xbox One

Kemaskini baharu telah tersedia untuk Need For Speed Heat pada hari ini. Namun kemaskini kali ini agak unik dari kebiasaan, kerana kandungan besar yang akan dibawa ke permainan perlumbaan EA ini, iaitu kebolehan untuk rentas main antara platform.

Ini bermakna, Need For Speed Heat bakal membolehkan pemain dari platform PS4, PC (Steam dan Origin), dan Xbox One boleh bermain bersama melalui pilihan multi-pemain. Sekaligus, Heat menjadi permainan yang pertama oleh EA yang mempunyai fungsi rentas-platform ini.

Anda semestinya perlu mempunyai senarai rakan didalam akaun EA anda sebelum memulakan sesi permainan rentas-platform. Untuk pemain baharu, anda mungkin berminat dengan pembelian permainan ini didalam platform Steam.

Need For Speed Heat adalah permainan terkini didalam siri Need For Speed membawakan pengalaman dunia terbuka dengan pengalaman ubah suai kereta yang lebih teliti. Rakan kami di Gamer Matters juga amat berpuas hati dengan permainan ini melalui markahnya, 9/10.

Maklumat lanjut mengenai kemaskini ini, boleh lihat melalui nota penuh disini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen