fbpx

No Man’s Sky Bakal Sokong Rentas-Platform Mulai Esok

Permainan dunia berskala besar dari Hello Games, No Man’s Sky bakal menyokong rentas-platform antara PS4, PC dan Xbox One akan hadir mulai hari esok.

Mengikut dari artikel didalam laman rasmi mereka, No Man’s Sky bakal menyaksikan pertemuan pemain dari platform yang berbeza. Ikon platform seperti PS4, Xbox One dan PC.

Memandangkan dunia permainan No Man’s Sky yang besar, kemungkinan untuk bertemu pemain mungkin hampir mustahil. Akan tetapi, pemain boleh memulakan kumpulan untuk pemain-pemain lain menyertai kumpulan untuk bermain sama.

Dalam kemaskini yang sama, Hello Games juga melancarkan permainan ini didalam Windows Store sekaligus menyediakan No Man’s Sky didalam senarai Xbox Game Pass untuk Xbox One dan Windows 10.

Berkaitan

Untuk nota penuh mengenai kemaskini ini, anda boleh lihatnya disini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -