Siapa sangka, jenaka “can it run Crysis” kembali relevan selepas pelancarannya Crysis Remastered semalam. Untuk pengetahuan, pihak pembangun disebalik pembuatan semula permainan ini, Saber Interactive menyediakan tetapan grafik yang unik khususnya untuk prestasi grafik tanpa batas.
Malah, mereka memberi nama “Can It Run Crysis” kepada tetapan tersebut, satu nama bersempena dengan meme yang seringkali digunakan semasa Crysis versi asal dilancarkan.
Selepas pelancaran permainan tersebut, pemain dan media seluruh dunia mula mencuba keupayaan kad grafik terkini untuk menandingi tetapan tertinggi permainan ini. Namun, apa yang menarik, walaupun kad grafik baharu dari Nvidia, RTX 3080 hanya mampu bermain sehingga 4K, namun pada kelajuan 30fps.
Menariknya, dari video diatas, staff dari PCGamer juga agak kagum keupayaan enjin CryTek mahupun dengan salah satu kad grafik paling berkuasa di dunia.
Anda boleh lihat analisa lebih lanjut di PCGamer.com.
Crysis Remastered kini boleh didapati di PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch.