fbpx

Origin Bakal Ditamatkan Dan Digantikan Oleh EA Dekstop

Electronic Arts bakal menamatkan aplikasi mereka yang kita sering dengari di PC, Origin. Aplikasi yang bermula pada 2011 di PC ini bakal digantikan dengan aplikasi serba baharu, iaitu EA Desktop. Ini adalah salah satu inisiatif penjenamaan EA mengikut dari laporan GamesBeat.

Mengikut dari EA lagi, aplikasi ini adalah lebih memfokuskan kepada gerakan EA yang kita dapat lihat baru-baru ini. EA kini ingin memfokuskan kepada sistem langganan mereka iaitu EA Play. Aplikasi baharu ini juga diperkatakan lebih laju dan responsif dari aplikasi Origin.

Nampaknya EA sedang membuat beberapa perubahan khususnya pada kandungan dan penjenamaan semula mereka seperti yang kita lihat kembalinya EA ke platform Steam dan kemasukan EA Play didalam langganan Xbox Game Pass.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -